Jom Jadi Baik
"Jom Jadi Baik" adalah tajuk kali ini. Tajuk yang ringkas dan senang difahami oleh sesiapa sahaja. Lawan baik ialah jahat. Satu persoalan boleh diutarakan di sini; Mana lagi senang sama ada hendak menjadi baik ataupun hendak menjadi jahat? Jawapannya terpulang pada diri masing-masing. Ada orang berpendapat menjadi baik lagi senang begitu pula sebaliknya. Masing-masing ada penyokong dan penentang. Itu realitinya. Benarkah ada orang yang menentang untuk menjadi baik? Jawapannya memang ada. Kita sering mendengar ejekan-ejekan gurauan seperti "dia tu mat sivik la", "engkau cakap ni macam ustaz la", "engkau tak rock la", "dia tu anak emak", "lesen dia tu sampai pukul 10 malam sahaja", "tolong bini jemur kain, sayang bini la dia tu (nak ejek kene qeen control)", dan lain-lain lagi. Ejekan-ejekan seperti ini dilihat sebagai perkara kecil sahaja. Tapi bagi saya ia sebenarnya sebagai satu gambaran tentang fenomena pemikiran masyarakat kita yang memandang rendah kepada orang yang hendak jadi baik. Pemikiran yang menggambarkan bahawa menjadi kurang baik lebih hebat daripada menjadi baik. Pemikiran ini seterusnya akan menjadi pembayang kepada hati dalam bertindak dalam apa jua perkara dalam kehidupan seharian. Ini sedikit sebanyak akan menjejaskan usaha hati untuk memandu tuannya menjadi baik.
Jom kita buang pemikiran sebegini. Jom kita kempen jadi baik adalah lebih hebat daripada menjadi kurang baik, tidak baik, baik sikit-sikit, apatah lagi jadi jahat. Biar pemikiran sebegini tidak tertanam dalam hati dan pemikiran anak-anak kita.
Macam mana nak jadi baik? Jom kita cuba ikut apa yang ditulis oleh Dr. Fathi Yakan dalam bukunya "Apa Ertinya Saya Menganut Islam"- Saya Mesti Muslim Di Sudut Akhlak". Menurut Dr. Fathi Yakan, sebahagian dari sifat-sifat seorang muslim ialah:
1. Bersifat warak dalam melakukan perkara-perkara syubhah (apa lagi perkara yang diharamkan oleh syarak)
2. Menundukkan pandangan
3. Memelihara lidah
4. Malu
5. Lemah lembut dan sabar
6. Bersifat benar dan jujur
7. Tawadhuk, terutamanya di kalangan saudara-saudara Islamnya
8. Menjauhi perbuatan sangka buruk, mengumpat, menjejak keburukan orang lain
9. Pemurah
10. Qudwah Hasanah
Jom kita laksanakan saranan ini, moga kita menjadi muslim yang diredhai....
Comments