Orang Yang Paling Baik

Assalamualaikum wrm. wbth
Alhamdulillahirabbil 'alamin wabihi nasta'in wala 'udwana illa 'alazzolimin,

Siapa orang yang paling baik di kalangan kita? Mari kita semak beberapa hadis Rasulullah s.a.w mengenai perkara ini:
(خيركم من من طال عمره وحسن عمله)
"Sebaik-baik kamu adalah yang panjang umurnya dan baik amalannya"
(خيركم من تعلّم القران وعلّمه)
"Sebaik-baik kamu adalah yang mempelajari al-Quran dan mengajarkannya"
(خيركم خيركم لأهله وانا خيركم لأهلى)
"Sebaik-baik kamu adalah yang paling baik terhadap keluarganya, dan aku adalah yang paling baik antara kamu terhadap keluargaku"

Panduan telah diberikan oleh Rasulullah untuk diktiraf sebagai orang yang paling baik di kalangan manusia. Apa yang pasti orang orang paling baik akan memperoleh kebaikan di dunia dan lebih-lebih lagi kebaikan di akhirat.

Nah, apa lagi? Selagi ada masa jom kita rebut peluang ini demi cinta kita kepada Allah, demi masa depan kita di alam kubur, dan demi kehidupan kita di alam akhirat nanti. Sama-samalah kita sedar yang alam kubur amat dekat dengan kita.

Jom kita perbaiki amalan kita dan tambahkan amalan kita dengan amalan-amalan sunat dari masa ke semasa sehingga kita mati menemui Allah s.w.t. Jom kita baiki akhlak kita dan sentiasa bermujahadah berakhlak dengan sifat-sifat mahmudah serta menjauhkan sifat-sifat mazmumah yang merosakkan.

Jom kita mempelajari al-Quran, membacanya, memahaminya, menghafalnya, dan mengajarkannya kepada keluarga kita serta orang lain yang berada di sekeliling kita dengan pelbagai cara dan pendekatan. Jadikanlah usaha ini sebagai tanda kecintaan kita kepada Allah s.w.t dan Rasulullah s.a.w.

Jom kita melayani secara baik anak isteri kita. Sempurnakan keperluan rohani dan jasmani mereka dengan sebaiknya. Bawa mereka bersama-sama memperoleh keredhaan dan kecintaan Allah s.w.t. Bentuklah bi'ah yang solehah di rumah kita dan jauhkan unsur-unsur yang boleh merosakkan motivasi dan minda mereka. Hidupkanlah budaya ilmu dalam keluarga supaya anak-anak membesar dengan penuh kecintaan kepada ilmu. Keluarga bahagian adalah "syurga" yang disegerakan.

wallahu a'lam.    
  

Comments

Popular posts from this blog

Jom Mencari Taqwa

Ohhh...al-Quran

Monolog Menyentuh Jiwa