Posts

Showing posts from 2008

Ohhh...al-Quran

Image
Kita mesti membaca al-Quran dan memahami isi kandungannya. Rata-rata masyarakat kita hanya menitik beratkan bacaan al-Quran sahaja. Mesti dikhatamkan al-Quran sebelum baligh. Banyak program khatam al-Quran dibuat di masjid-masjid dan surau-surau. Ibu bapa akan berasa lega dan berpuas hati sekiranya anak remaja mereka telah khatam membaca al-Quran. Persolannya adakah cukup hanya dengan membaca sahaja? Adakah kita boleh memahami kandungannya? Adakah kita boleh mencungkil hikmah kebesaran kandungannya untuk panduan hidup kita? Adakah hanya dengan khatamnya al_quran di usia remaja mampu menjadi perisai untuk menempuh hidup di usia dewasa yang penuh cabaran dan dugaan?

Monolog Menyentuh Jiwa

Wahai Tuhanku yang Esa.. Bila kenangkan QahharMu.. Rasa gerun di hatiku.. Kerana takutkan siksaMu HambaMu rasa berputus asa.. Siapakah dapat bersihkan diri.. Dari segala dosa yang memburu.. Setiap hari setiap ketika.. Bila terkenang gaffarMu.. Putus asa tiada lagi.. Semangatku pulih semula.. Harapanku subur kembali.. Ujian menimpa menekan di jiwa.. Tak sanggup meneruskan perjuanganku.. MehnahMu itu penghapus dosaku.. Mengganti hukumanMu di Akhirat.. Wahai Tuhanku yang Esa.. Bila kenangkan QahharMu.. Rasa gerun di hatiku.. Karena takutkan siksaMu HambaMu rasa berputus asa.. Siapakah dapat bersihkan diri.. Dari segala dosa yang memburu.. Setiap hari setiap ketika.. Di waktu mengenang rahmatMu.. Terasa diri kurang bersyukur.. PadaMu harusku memohon... Moga syukurku bertambah... Alangkah susah mendidik nafsuku... Yang tidak melihat kebesaranMu... Ya Allah Tuhanku bantulah hambaMu... Dalam mendidik jiwa ini...