Posts

Showing posts from 2019

Travel ke Melaka (Pusat Kecemerlangan JKR)

Image
Perjalanan saya ini bermula dari Sungai Petani. Saya menaiki bas esxpress daripada stesen bas UTC Sungai Petani pada jam 9.30 pagi terus ke TBS. Saya membeli tiket bas Jas*** secara online. Harganya RM 55.00 tapi lepas campur macam2 (insurans, gst, cust. service) dah jadi 62.00 lebih macam tu. Lebih murah naik ets. Saya dah beli tiket ets utk balik nanti cuma RM48.00 sahaja dari KL Sentral ke SP (lepas tolak discount sbg pegawai kerajaan...hehehe..alhamdulillah). Oleh kerana bas sampai lewat alasannya bas pi isi minyak dulu ...last2 jam 10.27 baru bas bergerak ke TBS .... ish2 ...Jas***, Jas*** ....next time kalau ada pilihan mmg tak naik dah bas Jas*** ni, hahaha. Bangunan UTC Sungai Petani dan di tingkat bawahnya ada stesen bas Sungai Petani. Oleh kerana lebuh raya sesak pada hari Ahad, akhirnya lebih kurang jam 8.10 malam baru sampai TBS. Sampai TBS saya terus beli tiket KTM Komuter untuk ke KL Sentral sebab saya bercadang nak cari bajet hotel dan bermalam di sana sebelu