Posts

Showing posts from December, 2008

Ohhh...al-Quran

Image
Kita mesti membaca al-Quran dan memahami isi kandungannya. Rata-rata masyarakat kita hanya menitik beratkan bacaan al-Quran sahaja. Mesti dikhatamkan al-Quran sebelum baligh. Banyak program khatam al-Quran dibuat di masjid-masjid dan surau-surau. Ibu bapa akan berasa lega dan berpuas hati sekiranya anak remaja mereka telah khatam membaca al-Quran. Persolannya adakah cukup hanya dengan membaca sahaja? Adakah kita boleh memahami kandungannya? Adakah kita boleh mencungkil hikmah kebesaran kandungannya untuk panduan hidup kita? Adakah hanya dengan khatamnya al_quran di usia remaja mampu menjadi perisai untuk menempuh hidup di usia dewasa yang penuh cabaran dan dugaan?