Posts

Showing posts from 2011

tazkirah buat diri ~ moga jiwaku mampu menyintaiMU

Jaga atau tundukkan pandangan terhadap wanita ajnabi, sesungguhnya mereka tidak halal untukmu. Banyakkan melakukan aktiviti berfaedah, agar tidak dapat diusik dengan godaan syaitan. Cuba selesaikan segala urusan yang tertangguh terlebih dahulu, supaya tak menyesal nanti. Kurang-kurangkan buat aktiviti lagho, kuatkan mujahadah, dan ingatlah Allah sentiasa melihatmu. Sentiasa ingat, bahawa Allah masih sayangkan kamu. Dekatkan kembali dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran, dan perbaiki mutabaah.

Rintihanku PadaMu Ya Allah

Ya Tuhanku Mengapakah aku jadi begini? Adakah begini kehidupanku hingga ke akhirnya? Apakah yang inginku cari dalam hidupku ini? Adakah harta dunia yang menjadi keutamaan dalam hidupku? Adakah pangkat dunia yang menjadi keutamaan dalam hidupku? Adakah kemegahan dunia yang menjadi keutamaan dalam hidupku? Bukan begitu Ya Tuhanku Bukan itu keutamaan hidupku, bukan! bukan! bukan! Aku cintakanMu Ya Allah, Engkaulah keutamaan hidupku Aku dambakan keampunaanMu Ya Allah, itulah keutamaanku Aku rindukan ibadah yang ikhlas dan khusyuk kepadaMu Ya Allah, itulah keutamaanku Aku cintakan bacaan al-Quran dan ingin menghafalnya, itulah keutamaanku Bantulah aku Ya Allah Kuatkanlah imanku Ya Allah Sucikanlah hatiku Ya Allah Sucikanlah pemikiranku Ya Allah Ringankanlah lidahku mengungkap kata ampun dan taubat kepadaMu Ya Tuhan Buangkanlah perasaan riak dan sombong dari jiwaku Ya Allah Hindarkanlah aku dari sifat malas dan berputus asa Ya Tuhan Jauhkan aku dari mempunyai akhlak buruk dan tercela Ya Rabb

Malam Pertama Di Alam Kubur

Saya menulis tajuk ini selepas membaca tulisan Dr. 'Aidh Abdullah Al-Qarni bertajuk "Malam Pertama Di Alam Kubur". Memang menakutkan. Moga tulisan ini dapat menjadi tazkirah kepada diri ini yang selalu leka dan alpa. Sama-samalah kita mengambil ikhtibar, agar sentiasa bersemangat meningkatkan amal ibadah dan menjauhi maksiat serta larangan Allah s.w.t. Dr 'Aidh Al-Qarni mengingatkan kita terdapat dua malam yang berlainan yang sentiasa dibayangkan oleh setiap muslim. Malam pertama adalah malam di mana seseorang itu berada di rumahnya bersama anak-anak dan isterinya dalam keadaan bahagia, bergurau senda, dan riang ketawa bersama. Hidup sempurna sihat dan sejahtera Malam kedua adalah malam di dalam kubur bersendirian tanpa keluarga, tanpa teman, tanpa ketawa riang anak dan isteri. Malam yang sunyi, menakutkan dan amat berbeza dengan malam yang pertama. Ahhh.....takutnya bila memikirkan malam kedua ini. Dapatkah kita hidup senang hati bila memikirkan keadaan malam pertam

Berinteraksi Dengan Al-Quran

Menurut As-Syahid Sayyid Qutb, berinteraksi dengan Al-Quran perlu disertai dengan aktiviti-aktiviti seperti berikut: 1. Rajin membacanya. 2. Rajin mengkaji kandungan dan ilmu-ilmunya. 3. Hidup dalam situasi di mana aktiviti, kesungguhan, sikap, perhatian, dan pertarungan menurut suasana seperti mana Al-Qur’an pertama kali diturunkan. 4. Hidup bersama Al-Qur’an dengan sepenuh hati dan cuba melawan kehidupan jahiliyyah yang ketika ini sedang menyelimuti seluruh kehidupan masyarakat islam. 5. Membangun nilai-nilai Al-Quran di dalam diri masyarakat dan seluruh umat manusia. 6. Bersedia menghadapi dan memberantas segala bentuk pemikiran jahiliyah serta seluruh tradisinya di dalam realiti kehidupan.