Travel ke Melaka (Pusat Kecemerlangan JKR)

Perjalanan saya ini bermula dari Sungai Petani. Saya menaiki bas esxpress daripada stesen bas UTC Sungai Petani pada jam 9.30 pagi terus ke TBS. Saya membeli tiket bas Jas*** secara online. Harganya RM 55.00 tapi lepas campur macam2 (insurans, gst, cust. service) dah jadi 62.00 lebih macam tu. Lebih murah naik ets. Saya dah beli tiket ets utk balik nanti cuma RM48.00 sahaja dari KL Sentral ke SP (lepas tolak discount sbg pegawai kerajaan...hehehe..alhamdulillah). Oleh kerana bas sampai lewat alasannya bas pi isi minyak dulu ...last2 jam 10.27 baru bas bergerak ke TBS .... ish2 ...Jas***, Jas*** ....next time kalau ada pilihan mmg tak naik dah bas Jas*** ni, hahaha.
Bangunan UTC Sungai Petani dan di tingkat bawahnya ada stesen bas Sungai Petani.

Oleh kerana lebuh raya sesak pada hari Ahad, akhirnya lebih kurang jam 8.10 malam baru sampai TBS. Sampai TBS saya terus beli tiket KTM Komuter untuk ke KL Sentral sebab saya bercadang nak cari bajet hotel dan bermalam di sana sebelum menyambung perjalanan esok ke Tampin/Pulau Sebang. Untuk ke KL Sentral dari TBS, kita boleh memilih sama ada nak menaiki KTM Komuter arau KLIA Transit. Oleh kerana sebelum ini saya pernah menaili KLIA Transit untuk ke KL Sentral, maka saya memilih untuk menaiki KTM Komuter. Tambangnya lebih murah iaitu RM3.00 sahaja dari TBS ke KL Sentral.

Sampai di KL Sentral saya menginap di Easy Hotel yang berada di tingkat bawah Terminal KL Sentral. Hotel bajet yang agak baru, cantik, kemas dan bersih. Layanan mesra petugasnya dan RM90.00 sahaja semalam lengkap dengan wifi, aircond, water heater, astro, berus gigi, cerek elektrik, kopi dan gula. Di bahagian bawah hotel berkenaaan terdapat kedai mamak yang buka 24 jam. Bagi saya memang selesa dan mudah menginap di sini memandangkan esoknya saya akan menaiki komuter terus ke Tampin/Pulau Sebang.

Menaiki komuter dari KL Sentral ke Tampin/Pulau Sebang mengambil masa lebih kurang 2 jam. Sampai di stesen Pulau Sebang, saya berjalan kaki ke Pasaraya Mydin yang terletak lebih kurang 1km daripada stesen keretapi. Selepas makan di kedai mamak yang terdapat di pasaraya Mydin, saya terus ke Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan (Create), Simpang Ampat, Alor Gajah dengan menaiki Grab car. Tambang grab hanya RM7.00 sahaja.


Comments

Popular posts from this blog

Jom Mencari Taqwa

Monolog Menyentuh Jiwa