Posts

Showing posts from 2010

untuk tazkirah diri

“Hai jiwa yang tenang. Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diridhai-Nya. Maka masuklah ke dalam jama’ah hamba-hamba-Ku. Masuklah ke dalam surga-Ku” (QS Al-Fajr [89]:27-30) Panggilan lembut ini adalah panggilan rayuan dari Allah s.w.t jiwa kepada hamba-hamba-Nya. Tidakkah kita terasa yang Allah swt sedang memanggil-manggil jiwa kita, tidakkah kita terasa sayu dengan panggilan ini, tidakkah kita rasa terpanggil untuk menyahut panggilan ini? Kadang-kadang kita asyik memikirkan al-Quran, asyik membacanya, asyik menghafalnya. Tetapi pada masa yang lain, kita mungkin hilang motivasi berinterksi dengannya, malas, dan bosan. Bukan untuk menghafal, tetapi sekadar hendak melihatnya pun malas, sedangkan dengan melihat al-Quran pun sudah dikira sebagai ibadah. Semua ini adalah bisikan syaitan, godaan syaitan yang hendak melemahkan kita. Dalam keadaan ini, kita kena bermujahadah melawan diri, kita perlu merayu diri sendiri, merenung dalam diri kita menyedari kealpaan diri. Di sa

Jom Jadi Baik

"Jom Jadi Baik" adalah tajuk kali ini. Tajuk yang ringkas dan senang difahami oleh sesiapa sahaja. Lawan baik ialah jahat. Satu persoalan boleh diutarakan di sini; Mana lagi senang sama ada hendak menjadi baik ataupun hendak menjadi jahat? Jawapannya terpulang pada diri masing-masing. Ada orang berpendapat menjadi baik lagi senang begitu pula sebaliknya. Masing-masing ada penyokong dan penentang. Itu realitinya. Benarkah ada orang yang menentang untuk menjadi baik? Jawapannya memang ada. Kita sering mendengar ejekan-ejekan gurauan seperti "dia tu mat sivik la", "engkau cakap ni macam ustaz la", "engkau tak rock la", "dia tu anak emak", "lesen dia tu sampai pukul 10 malam sahaja", "tolong bini jemur kain, sayang bini la dia tu (nak ejek kene qeen control)", dan lain-lain lagi. Ejekan-ejekan seperti ini dilihat sebagai perkara kecil sahaja. Tapi bagi saya ia sebenarnya sebagai satu gambaran tentang fenomena pemikiran m